Liputan Program Bersiri Penggalakan Penyusuan Susu Ibu: Siri Ketiga

Original Image Alhamdulillah, Program Sokongan dan Penggalakan Penyusuan Susu Ibu kali ini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 16 ibu serta beberapa orang bapa telah hadir di dalam program kali ini. Kesemua ibu-ibu ini nampak begitu bersemangat untuk menimba ilmu dan mendalami teknik-teknik untuk memperbaiki pengendalian penyusuan susu ibu. Lawati
Bahagian Galeri untuk melihat gambar kenang-kenangan sepanjang program dijalankan.

Layari juga Bahagian Muat Turununtuk mendapatkan maklumat dan bahan bacaan yang telah digunakan sepanjang program tersebut.

Program kali ini, telah dimulakan oleh ceramah 1 jam oleh Puan Rita mengenai permasalahan kurang penghasilan susu ibu. Beliau telah menerangkan secara mendalam sebab-sebab masalah ini terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya.

Seterusnya, ceramah diteruskan oleh En Calvin yang menerangkan secara umum kegunaan Teknik Guasar. Teknik ini, biasanya telah digunakan sejak zaman berzaman untuk mengenal pasti pelbagai penyakit dan mengatasinya dengan cara urutan Guasar. Beliau juga menerangkan bagaimana teknik ini dapat membantu ibu menyusu untuk menambah serta memperbanyakkan penghasilan susu.

Majlis kemudiannya berhenti berehat sambil menjamu selera. Hidangan kali ini telah disajikan secara ‘Pot Luck’. Terima kasih daun keladi kepada semua peserta yang telah menyumbangkan makanan serta minuman pada kali ini.

Sambil menjamu selera, peserta tidak melepaskan peluang untuk berbincang lanjut mengenai tajuk yang telah dihuraikan sebelumnya. Terdapat juga sedikit pengenalan produk yang dapat membantu proses penyusuan diperkenalkan semasa sessi ini.

Setelah selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan sessi praktikal menggunakan teknik Guasar. Pada permulaan En Calvin telah menunjukkan teknik umum penggunaan Guasar pada seorang bapa yang turut hadir. Kemudian kumpulan ibu telah diasingkan untuk menunjukkan demonstrasi khusus untuk memperbanyakkan susu.

Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Florence dan Puan Bibi kerana telah menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti kali ini.

Semoga setiap aktiviti yang telah dijalankan dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta yang hadir. Dan semoga peserta dapat meneruskan penyusuan dengan jayanya!