ATSB Sediakan Bilik Penyusuan Untuk Pekerja

Alhamdulillah, pada 24 March 2010, Rabu yang lalu, syarikat Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) yang beroperasi di Glenmarie, telah mewujudkan bilik penyusuan bayi kepada kakitangannya. Syarikat ini menganggap ia sebagai satu tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan kerana ingin memudahkan kakitangan wanita memberi susu ibu kepada anak-anak mereka pada waktu rehat.

Bilik tersebut telah dirasmikan oleh Naib Presidan Kanan Bahagian Sistem Angkasa ATSB, Norhizam Hamzah bersama Pengasas SusuIbu.com, Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi. Bilik ini juga bakal dijadikan tempat untuk kakitangan syarikat ini untuk meneruskan penyusuan susu ibu terutama sekali kepada yang baru balik dari cuti bersalin.


Sumber: Utusan Malaysia, 25 Mac, 2010

Langkah yang diambil ini juga ada sebagai menghargai kakitangan mereka yang sanggup bekerja di sini walaupun kakitangan wanita/ kaum ibu hanya 20 peratus sahaja. Norhizam juga berkata, langkah ini juga diambil adalah untuk menyokong kaum ibu untuk memberi susu ibu kepada anak-anak mereka dan tidak terlalu bergantung kepada susu formula.

Puan Kamariah berkata, usaha yang diambil oleh syarikat ATSB ini perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain bagi menggalakkan wanita yang bekerjaya memberikan susu ibu kepada anak mereka. Ini adalah kerana, susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak, kerana tiada yang lain setanding dengannya.

Semoga dengan wujudnya bilik penyusuan di ATSB ini akan memberi contoh kepada syarikat-syarikat lain untuk menyokong penuh dan menggalakkan lebih ramai lagi kaum ibu yang bekerjaya memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka.

Oleh : Nur Ain Sha’ari