Babes 2008..Terima Kasih Daun Keladi!

Original Image 3 hari di PWTC sepanjang program Babes 2008, gerai SusuIbu.com telah dimeriahkan oleh ramai ahli SusuIbu.com. Terima kasih atas kunjungan tersebut! Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pembimbing, yang telah menjayakan program kaunseling percuma di ruangan Breastfeeding Corner.

Sepanjang bertugas di gerai SusuIbu.com, saya telah dibantu oleh Puan Intan (dari MomslittlOnes), Puan Rita (MomsLittleOnes), Puan Vivian(FabulousMom) dan Cik Dayana(SusuIbu.com). Pengalaman yang lepas di Mid Valley banyak membantu perjalan di gerai kali ini di PWTC. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Di lokasi Breastfeeding Corner, antara yang telah membantu sejak dari hari Jumaat adalah Puan Zatul, Puan Zarina, Puan IdaMurni, Puan Ila, Puan Hafizah, Puan Syahrul dan Puan Rema. Nampaknya tak sia-sia mereka ni menghadiri kursus 18 jam. Semuanya nampak bersungguh-sungguh menpraktikkan ilmu yang telah dipelajari. InsyaAllah jika berkesempatan, bolehlah menabur bakti lagi di masa akan datang.

Deraf bahan perkongsian ilmu di Breastfeeding Corner itu telah disediakan oleh Puan Shiha dan Puan Syahrul. Terima kasih daun keladi! Lain kali tolong lagi yer!

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pengalaman pada kali ini. Walaupun kepenatan mengangkut barang-barang masih terasa sehingga ke hari ini, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Semoga kita berpeluang untuk berjumpa lagi di masa akan datang!