Berita Terkini dari Kedai SusuIbu.com

SusuIbu.com telah menambah dua kategori baru di ‘SusuIbu.com Your Online Shopping Centre’. Dua ketegori tersebut adalah: “Special Stock” dan “Gift for Nursing Mothers”. Selain dari itu, jika anda tercari-cari rekaan baju istimewa untuk di pakai di Jamuan Kenduri Kahwin, dapatkan Baju Menyusu dengan rekabentuk kebaya menggunakan Kain Sutera Thai!

Kategori “Special Stock” mengiklankan barangan Penyusuan Susu Ibu yang pernah dibeli tetapi belum atau pernah digunakan pada bilangan minimum, berada pada keadaan yang baik serta ingin dijual semula. Bagi pihak SusuIbu.com pula, kami akan memastikan kualiti barangan ini masih pada tahap yang memuaskan.

Kategori “Gift for Nursing Mothers” akan menyenaraikan barangan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu yang sedang menyusu. Buat masa ini, kami telah menambah keronsang berbentuk tali reben yang tertulis “Breastmilk Is The Best” ke dalam kategori tersebut. Dari masa ke semasa kami akan menambah lagi beberapa produk yang sesuai dijadikan hadiah buat ibu menyusu.

Rekaan Baju Menyusu terkini berupa kebaya pendek menggunakan Kain Sutera Thai serta kain labuh dari Kain Songket Thai amat sesuai digayakan di musim kenduri kahwin yang bakal tiba tidak lama lagi. Pelbagai warna menarik seperti kuning keemasan, hijau, ungu, hitam serta merah jambu boleh menjadi pilihan anda.

Jemputlah melayari SusuIbu.com Your Online Shopping Centre hari ini!