Bilangan IBCLC Bertambah Lagi

Original Image Tahun 2009 mencatat sejarah lagi di mana setakat ini kami menerima maklumat seramai 10 orang calon yang menduduki peperiksaan IBLCE tahun ini telah lulus. Salah seorang dari mereka adalah IBCLC yang menduduki peperiksaan kerana memperbaharui sijil tersebut. Ini menjadikan jumlah IBCLC di Malaysia setakat ini seramai 18 orang semuanya. Setakat ini, tahun 2009 juga telah mencatat rekod jumlah calon menduduki peperiksaan paling ramai dan bilangan lulus periksa paling ramai di Malaysia.

Berikut adalah nama-nama IBCLC yang telah berjaya dalam peperiksaan tahun ini: Puan Rita Rahayu Omar, Dr Nazatul Shiha Bachtiar, Dr Ning Desiyanti Soehartojo, Dr Fadzidah Ariffin, Dr Ashikin Nordin, Dr Hairin Anisa Tajuddin, Dr Jamie Khoo, Puan Juliana Lim Abdullah, Puan Elizabeth Pitchaimuthu dan Puan Christine Choong (yang telah berkhidmat sebagai IBCLC lebih dari 15 tahun). Bagi pihak SusuIbu.com, kami mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya!

Selari dengan promosi penyusuan susu ibu yang diperjuangkan di SusuIbu.com, kita mengharapkan dengan pertambahan bilangan IBCLC ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan Perunding Laktasi dan ini secara tidak langsung dapat membantu lebih ramai ibu-ibu yang memerlukan bantuan khususnya dalam bidang penyusuan susu ibu.

InsyaAllah menjelang 2010 nanti, kami akan mengetengahkan barisan IBCLC ini dalam pelbagai program yang akan dijalankan oleh SusuIbu.com. Nantikan kemunculan mereka sedikit masa lagi!