Breastfeeding Wave 2007


Bandar Baru Bangi, 08/08/2007, 10.00am: Acara Breastfeeding Wave 2007 peringkat SusuIbu.Com telah berjaya diadakan di Pusat Sokongan Laktasi SusuIbu.Com. Sebagai Bulan Penyusuan Sedunia, bulan Ogos merupakan “tahun baru” bagi penyusuan susu ibu, di mana ibu-ibu dapat meraikan kejayaan mereka dalam menyusukan anak-anak mereka. Seramai 17 pasangan ibu dan anak telah menyertai acara ini.

Acara Breastfeeding Wave 2007 peringkat SusuIbu.Com telah dirasmikan dengan kata-kata aluan daripada mama. Sebagai Bulan Penyusuan Sedunia, bulan Ogos merupakan “tahun baru” bagi penyusuan susu ibu. Di samping memberi sokongan kepada kempen penyusuan sedunia melalui Breastfeeding Wave 2007 ini, acara ini secara amnya meraikan kejayaan semua ibu-ibu dalam menyusukan anak-anak mereka. Program ini dimulakan di Filipina, dan kini disertai oleh 22 buah negara seluruh dunia. (Info Breastfeedingwave sedunia: http://www.breastfeedingworld.net/ ).

Seramai 17 orang peserta telah menyertai acara ini. Hadirin lain turut hadir memeriahkan suasana. Acara ini turut disaksikan oleh dua orang peguam, Noraiha dan Noor Suriyanti (yang juga turut serta dalam acara breastfeeding wave ini ). Salah seorang member susuibu.com — kuireena (Bibi Hazrina) pula terpaksa menjadi pemerhati sahaja, kerana babynya masih dalam perjalanan.. tak mengapa kuireena, kami hargai usaha anda! 🙂 . Lebih kurang jam 10 pagi itu, acara pun bermula. Susah juga nak memastikan semua para ibu dapat menyusu. Maklumlah, kerenah anak-anak.

Begitu seronok menyusu secara berjemaah, sehingga seminit berlalu begitu pantas sekali. Bila dah mula menyusu, susah pula nak berhenti! 🙂 Kedengaran ada di antara para ibu berseloroh, “Lain kali kena buat selama 20 minit.. ” . Begitulah helaan semangat dari para ibu yang telah berjaya mengecapi nikmat menyusukan anak-anak mereka.

Semoga tahun depan kita akan dapat menjayakan lagi sambutan seperti ini. Syabas semua! 🙂