Forum Penyusuan Susu Ibu di UPM, Serdang

Original ImagePada 11, Ogos, 2005, SusuIbu.com telah menghadiri Majlis Forum Penyusuan Susu Ibu yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, dan PERMATA. Walaupun kehadiran SusuIbu.com merupakan jemputan pada saat-saat akhir, tetapi kami tetap berterima kasih kerana dapat turut serta dalam majlis seumpama itu. Ini kerana kami berpeluang bertemu dengan ramai bakal graduan doktor di UPM dan memperkenalkan SusuIbu.com kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia.

Forum telah di dimulakan dengan ceramah oleh para panel iaitu Dr Paramjothy dari Hospital Selayang, Prof. Madya Dr. Rokiah Mohd. Yusof dari UPM dan Dr Adlina Suleiman. (Seorang lagi ahli panel iaitu Puan Wardina Safiah tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan akibat cuaca jerebu.) Masing-masing telah membentangkan pelbagai maklumat bermanfaat mengenai penyusuan susu ibu khususnya kepada bakal-bakal graduan serta golongan ibu (kebanyakannya kakitangan UPM).

Bagi pihak SusuIbu.com, kami juga sempat bertemu dengan beberapa ahli SusuIbu.com serta memperkenalkan kepada lebih ramai lagi pengunjung. Ikuti beberapa gambar kenangan si sepanjang program tersebut di Bahagian Galeri.