Galeri Breastfeeding-Thon Malaysia 2006

Original Image
Seramai 308 orang ibu-ibu telah menempa sejarah setelah berjaya menyusukan anak-anak mereka serentak di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur, pada 16 September 2006. Upacara simbolik ini telah dirakamkan oleh Malaysian Book of Records, dan mendapat liputan meluas di dalam akhbar-akhbar harian tempatan.

Liputan bergambar di dalam Galeri Breastfeeding-Thon Malaysia 2006. ( http://mybf2006.susuibu.com )

Tahniah diucapkan kepada semua ibu-ibu menyusu! 🙂

Dalam kesempatan ini juga, kami di SusuIbu.Com mengucapkan Ramadhan Mubaarak kepada seluruh umat Islam. Untuk ibu-ibu menyusu, harap tabah menghadapi bulan ini, dan terus menyusui anak anda. 🙂 Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat tips-tips Ramadhan.

Original Image
Tips berpuasa sambil menyusu di bulan Ramadhan:-

1. Amalkan bersahur setiap hari di akhir waktu, menurut sunnah.
2. Makan makanan berserat seperti ot, roti berserat tinggi, kurma/tamar.
3. Makan makanan berair seperti sup ayam atau daging, dan minum minuman berprotein seperti soya.
4. Banyakkan penyusuan di sebelah pagi. Bagi yang bekerja: di tempat kerja, banyakkan pemerahan susu di sebelah pagi.
5. Menyusu sebaik selepas berbuka + solat Maghrib.
6. Banyakkan menyusu di waktu malam.
7. Dapatkan rehat secukupnya.

Kuatkan azam dan keyakinan anda yang anda mampu menyusu walaupun sedang berpuasa.