Hari Raya Bersama SusuIbu.com

Original Image
Alhamdulillah, pada 11 Oktober, 2009 yang lalu, Hari Raya Bersama SusuIbu.com selamat dianjurkan oleh Nurturing Concepts Sdn Bhd di Cafe Chelos, Bandar Baru Bangi. Sebanyak 30 keluarga telah hadir di dalam majlis yang meriah pada hari itu.

Majlis telah diserikan oleh wakil dari Malaysian Baby Wearers, http://www.malaysianbabywearers.org/ iaitu Puan Shada dan Puan Azizah, menunjuk cara kaedah yang betul menggunakan Baby Pouch, Sling, Mei Tai dan Wrap. Tunjuk ajar yang diberikan kami ucapkan ribuan terima kasih.
Original Image
Puan Shada dengan gaya Oshin menggendong anak di belakang
Original Image
Puan Azizah menggayakan penggunaan Wrap

Original Image
Antara yang hadir

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Promosi Nurturing Concepts dan Pa&Ma pada bulan September yang lalu. Tempat pertama telah dimenangi oleh Puan Azlizawati bt Ibrahim dari Gombak.

Original Image
Tempat pertama…

Tempat kedua pula jatuh kepada Puan Fatma Ayisha Mohd Amin dari Dungun, Trengganu.
Original Image
Tempat Kedua..

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Puan Noor Salinda Salim.
Original Image
Tempat ketiga…

Original Image
Pemenang saguhati
Seramai 12 orang pemenang saguhati juga telah terpilih, namun hanya 2 orang sahaja yang hadir semasa majlis penyampaian hadiah tersebut iaitu Puan Nur Farah Abdul Aziz dan Puan Nurul Hafiza Hanapiah.

Original Image
Pemenang saguhati

Bagi pihak Nurturing Concepts Sdn Bhd, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang diberikan untuk peraduan yang telah diadakan. Sebanyak lebih dari 300 penyertaan yang telah diterima dan pembacaan artikel yang disiarkan untuk peraduan tersebit telah dibaca sebanyak lebih 1500 kali di SusuIbu.com. Kami berharap dengan kaedah ini, lebih ramai pembaca yang memperolehi maklumat berkaitan penyusuan susu ibu disamping berlumba-lumba menyertai peraduan yang dijalankan.

Original ImageLagi hadirin..

Sebagai pihak penganjur, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir atas pelbagai sumbangan yang diberikan dalam bentuk pot luck,wang tunai mahupun dalam bentuk sokongan untuk menjayakan majlis pada hari tersebut. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dari majlis tersebut. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir, InsyaAllah kita berjumpa lagi di dalam majlis-majlis lain di masa akan datang. Salam AidilFitri!

Original ImageSuasana meriah sampai ke bahagian luar… 🙂