Jamuan Hari Raya

Original ImageSusuIbu.com julung-julung kalinya akan mengadakan Majlis Perjumpaan bersama ahli bersempena Hari Raya Aidil Fitri pada 4 Disember, 2004 ini. Pelbagai acara menarik telah disusun. Tempat yang istimewa juga dipilih khas untuk pertemuan ini. Kepada ahli-ahli SusuIbu.com yang masih belum membalas jemputan ke Majlis tersebut, segera berbuat demikian sebelum atau pada 1 Disember, 2004. Lihat peta ini untuk ke lokasi Jamuan. Semoga majlis ini akan menguatkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita. Salam Penyusuan dan Aidil Fitri dari SusuIbu.com