Keahlian SusuIbu.com mencapai ke bilangan 100

Original ImageHari ini, 11 Januari, 2005, SusuIbu.com mencatat satu lagi sejarah dengan mencapai keahlian berdaftar seramai 100 orang. Kepada ahli-ahli yang baru berdaftar, keahlian anda amat dialu-alukan. Di harap dengan keahlian seramai ini dan ramai lagi di masa akan datang, SusuIbu.com akan dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti bermanfaat buat ahli-ahlinya. SusuIbu.com juga berharap, ahli-ahlinya dapat saling berkongsi maklumat dan pendapat mengenai penyusuan susu ibu supaya komuniti ini menjadi komuniti yang lebih berilmu.

Sukacita diingatkan sekali lagi, setiap ahli yang berdaftar, digalakkan menglogkan setiap kemasukan apabila melayari laman web ini. Log ini amat penting supaya setiap aktiviti atau sumbangan pendapat pelawat dapat direkodkan mengikut keahlian. Seterusnya, ahli tersebut akan dapat menikmati potongan diskaun dari tahap keahlian yang telah dijelaskan di dalam pengumuman sebelum ini.

Bagi ibu-ibu atau bapa-bapa yang sedang menanti saat kelahiran bayi masing-masing, gunakan peluang keemasan ini dengan bertanyakan atau berkongsi maklumat di komuniti SusuIbu.com mengenai penyusuan Susu Ibu sambil mengumpul mata. Semakin banyak mata yang dikumpulkan, semakin banyaklah potongan diskaun yang diperolehi untuk membeli-belah peralatan penyusuan di SusuIbu.com Your Online Shopping Centre.

Teruskan melayari SusuIbu.com!!