Keahlian SusuIbu.com Mencecah 1010

Original ImageSehingga ke hari ini, keahlian SusuIbu.com telah mencatatkan jumlah sebanyak 1010 orang. Pihak pengurusan berharap, laman ini akan terus memberi manfaat kepada pengunjungnya. Setiap hari purata pengunjung berdaftar laman ini adalah antara 15 ke 20 orang pada sesuatu masa. Manakala terdapat lebih 20 orang pengunjung tidak berdaftar turut mengunjungi laman ini pada masa yang sama.

Dengan keahlian yang semakin meningkat ini, SusuIbu.com amat berharap agar laman ini akan terus dijadikan sumber rujukan dan perkongsian maklumat terutama di dalam bidang penyusuan susu ibu. Maklumat tambahan mengenai topik keibu-bapaan juga banyak dibincangkan. Semoga dengan kesemua ilmu yang ditimba di sini, masyarakat akan semakin perihatin tentang kebaikan susu ibu dan dapat mendorong mereka untuk menjadi ibu bapa yang lebih berjaya di masa akan datang.