Kini SusuIbu.com Bukan Hanya Maya

Original ImageSeperti yang telah digembar gemburkan di ruangan Forum SusuIbu.com, ya..kini SusuIbu.com telah muncul secara fizikal! Akhirnya, SusuIbu.com berjaya mendapatkan lokasi yang sesuai untuk beroperasi, berhampiran dengan 2 pusat rawatan dan beberapa klinik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Sebagai memenuhi keperluan dan fardhu kifayah terhadap masyarakat di dalam memartabatkan penyusuan susu ibu, kami telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan membuka sebuah kedai/klinik yang dipanggil Pusat Sokongan Laktasi SusuIbu.com.

InsyaAllah pelbagai aktiviti telah diatur dan akan dijalankan di pusat sokongan ini. Antaranya adalah: Ceramah atau perbincangan mingguan pelbagai topik penyusuan susu ibu, kaunseling berdasarkan permintaan, pusat sumber untuk meminjam bahan bacaan berkaitan penyusuan susu ibu dan jualan pelbagai barangan keperluan penyusuan susu ibu.

Diharap ahli-ahli SusuIbu.com akan terus memberi sokongan terhadap setiap usaha yang kami jalankan. Amin!