Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang

Original Image
Hospital Serdang akan melancarkan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu khusus untuk ibu-ibu yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Antara kawasan yang termasuk dalam perkhidmatan Hospital Serdang adalah Serdang, Bandar Baru Bangi, Puchong, Seri Kembangan, Sepang dan Dengkil.

Antara syarat-syarat untuk menyertai kumpulan sokongan ini adalah:
1. Pernah menyusui anaknya sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama kelahiran.
2. Berminat untuk membimbing ibu-ibu lain di dalam lingkungan kawasan tempat tinggal masing-masing.
3. Sukarela dan sanggup dihubungi oleh orang ramai yang memerlukan sokongan pada bila-bila masa.
4. Boleh memberi komitmen dalam kumpulan sokongan (menghadiri mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan)
Bagi ibu-ibu yang memenuhi syarat dan tinggal di sekitar kawasan yang dinyatakan di atas, anda dialu-alukan untuk menyertai Kumpulan Sokongan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi, Puan Irne Jumat di talian 019-2512824 atau 013-3090380
atau Puan Yusrina Mohamat Hata di talian 019-2712601.

Nota: Kumpulan Sokongan ini adalah di bawah naungan Hospital Serdang. Kepada mana-mana individu yang telah menghantar permohonan untuk menjadi PII atau MKS di bawah program SusuIbu.com juga boleh menyertai kumpulan sokongan mana-mana hospital yang lain jika berminat. Tiada sebarang halangan untuk menjadi ahli kepada lebih dari satu kumpulan sokongan.
Harap maklum.