Lagi Kursus Pengurusan Laktasi (18 jam) di PPUM

Sekali lagi pihak Pusat Perubatan Univarsiti Malaya akan menganjurkan kursus Pengurusan Laktasi selama 18 jam yang mengambil masa 3 hari di Pusat Perubatan ini. Kursus ini akan berlangsung dari 29hb Mac hingga 31 Mac 2005. Kepada mana-mana ibu yang ingin mendalami pengetahuan mengenai pengurusan laktasi dan berminat untuk menjadi pendorong kepada usaha penyusuan susu ibu adalah digalakkan menyertai kursus ini.

Kursus seumpama ini akan meliputi aspek teori dan praktikal di dalam pengurusan laktasi. Lawatan ke wad sebenar juga akan dapat dibuat untuk melihat sendiri praktikal yang dijalankan di dalam pengurusan Penyusuan Susu Ibu. Pelbagai lagi aktiviti menarik telah disusun agar peserta kursus akan mendapat manfaat sebanyak mungkin. Kepada individu yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi talian 012-2903775 (Kamariah) secepat mungkin.