Laman SusuIbu.com Down Selama 5 hari!

Original Image Bagi pihak penyelenggaraan SusuIbu.com, saya memohon maaf kepada pelayar laman web ini kerana tidak dapat melayari SusuIbu.com selama 5 hari berturut-turut. Terdapat masalah teknikal berlaku pada lewat hari Jumaat yang lalu dan tidak dapat diselesaikan sehinggalah ke hari ini.

Alhamdulillah akhirnya, pada hari ini, SusuIbu.com berjaya dipulihkan sepenuhnya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang begitu sabar dan perihatin ke atas apa yang berlaku. Semoga laman web ini akan terus berfungsi seperti sediakala.

Sebagai langkah berhati-hati di masa akan datang, pihak pengurusan kami telah merancang untuk mengadakan replikasi laman ini di sebuah lagi penempatan. Dengan ini, diharap di masa akan datang, sekiranya berlaku kesulitan, keadaan dapat dipulihkan dengan segera.

Sekali lagi, SusuIbu.com ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang terus diberikan terhadap laman web ini!