Lawatan KUSSIM ke Susuibu.com

Alhamdulillah…Pada hari Sabtu, 21 November 2009 yang lalu, Kumpulan Sokongan Susu Ibu Daerah Maran (KUSSIM) telah mengadakan lawatan ke Susuibu.com. Lawatan ini diketuai oleh En. Khairul Nizam Baharum dan disertai oleh 52 orang wakil. Pihak Susuibu.com amat menghargai kesudian mereka untuk membuat lawatan di sini.


Tetamu tiba di Susuibu.com

Peserta rombongan telah disambut mesra oleh warga petugas SusuIbu.com dan lawatan tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik selama lebih kurang 2 jam. Disebabkan ruang di SusuIbu.com agak terhad, ahli rombongan lawatan telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mengikuti aktiviti secara berperingkat di 4 stesen lawatan iaitu
1.Taklimat mengenai Kumpulan Sokongan dan peranan SusuIbu.com oleh Puan Nor Kamariah di Bilik Aktiviti.
2.Taklimat alatan pemerah susu dan peralatan sokongan oleh Puan Jasmeen Tay di ‘Pumping Station’
3.Tayangan Video pendidikan laktasi di ruangan Pusat Sumber.
4.Taklimat produk dan jualan barangan di ‘Showroom’ MomsLittleOnes.


Sebahagian dari ahli rombongan yang berada di bilik aktiviti mendengar taklimat daripada Puan Kamariah


Taklimat daripada Puan Jasmeen kepada sebahagian tetamu yang baru tiba


Demonstrasi penggunaan Breastpump oleh Puan Jasmeen


Penerangan tentang produk di susuibu.com


Sebahagian dari peserta sedang menonton video bertajuk Breastfeed is Best.


Tetamu melihat produk-produk yang terdapat di Susuibu.com


Bersurai selepas minum petang

Sebelum berangkat pulang, Pengerusi KUSSIM iaitu Datin Syarifah binti Ibrahim telah menyampaikan cenderahati ini sebagai kenang-kenangan warga Susuibu.com.


Cenderahati daripada KUSSIM

Bagi pihak tuan rumah, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan KUSSIM ke Susuibu.com. Diharapkan lawatan ini akan menjadi titik permulaan silaturrahim antara pihak Susuibu.com dan KUSSIM. Sehingga bertemu lagi dalam program-program lain di masa akan datang.


Selamat jalan….