Lawatan SusuIbu.com ke PPUM Disambut Mesra

Original Image Pada 9 Mei, 2008 yang lalu, SusuIbu.com sekali lagi mengukir sejarah dengan mengadakan lawatan rasmi ke PPUM bersempena dengan Hari Ibu. Antara ahli SusuIbu.com yang menyertai lawatan adalah Zarina, Shiha, Mint, Ila, ZheZhe, Syaz, Dalila dan Rema. Lawatan itu juga turut diserikan oleh kedatangan Puan Che Aini, kaunselor laktasi yang tidak asing lagi serta beberapa rakan kepada Shiha dan Zhezhe.

Ketibaan kami di sana disambut dengan penuh ramah tamah oleh pihak Pengurusan PPUM. Sesi taklimat disempurnakan oleh Prof Dr Jamiyah bt Hassan, Timbalan Pengarah(Ikhtisas) PPUM dan ucapan balas diadakan oleh saya sendiri mewakili SusuIbu.com.

Selesai upacara tersebut, kami dibawa ke wad M3, M4 dan M1. Di wad-wad tersebut, ahli-ahli Susuibu.com dibawa beramah mesra dengan ibu-ibu di sana sambil memberikan Beg Maklumat sumbangan Susuibu.com. Lawatan ke wad-wad tersebut diiringi oleh Sister Laila, Cik Amy, Puan Yati dan Puan Rohayah.

Keceriaan jelas tergambar di wajah ibu-ibu yang kami kunjungi. Semoga mereka juga akan menyertai warga SusuIbu.com di masa akan datang. Bagi ahli-ahli SusuIbu.com yang menyertai program pada hari tersebut, peluang ini merupakan saat bermakna untuk beramah mesra sesama mereka, maklumlah selama ini hanya bersua di alam maya.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini!