Liputan Program Bersiri Penggalakan Penyusuan Susu Ibu: Siri Pertama

Original Image9 April, 2005, merupakan hari bersejarah di dalam diari SusuIbu.com kerana berjaya menganjurkan bersama Moms Little Ones sebuah program bersiri yang pertama bertajuk “Breastfeeding the New Trend”. Seramai 17 orang ibu yang sedang dan bakal menyusu susu ibu telah menghadiri program tersebut.

Ceramah ringkas oleh Puan Che Aini dari Hospital Besar Kuala Lumpur, telah dimulakan lebih kurang jam 11.20 pagi. Beliau telah mengupas tajuk yang diberikan yang merangkumi beberapa topik asas mengenai penyusuan susu ibu dan bagaimana mengatasi masalah biasa yang dihadapi ibu menyusu. Beliau juga telah menerangkan tentang beberapa peralatan yang terdapat di pasaran yang dapat membantu ibu menyusu dalam menghadapi cabaran semasa proses penyusuan.

Seterusnya, para tetamu telah menjamu selera dengan hidangan yang telah dibawa oleh setiap tetamu sendiri. Memang sungguh meriah seperti jamuan hari raya! Sambil menjamu selera, hadirin telah saling bertukar fikiran dan menceritakan pengalaman masing-masing semasa penyusuan. Ada juga bakal ibu yang mengambil kesempatan ini, menimba pengalaman dari yang telah berpengalaman.

Sebanyak 4 orang pemenang cabutan bertuah telah terpilih untuk sessi pertama ini. Mereka yang beruntung ini adalah:
Puan Bibi Khor – memenangi sebuah bantal menyusu
Puan Siti Azrah – memenangi sehelai bra menyusu
Puan Nurazlin Abdullah – memenangi sehelai bra menyusu
Puan Siti Juhaida Yusof – memenangi barangan penjagaan kulit untuk ibu mengandung dan selepas bersalin

Diharap program bersiri ini akan dapat diteruskan pada bulan yang akan datang. Nantikan pengumaman untuk siri kedua program ini yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Lawati Ruangan Galeri untuk menyaksikan detik-detik yang sempat dirakamkan sepanjang program tersebut.