Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim

Original Image

Alhamdulillah…Pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431H, Nurturing Concepts Sdn Bhd dan Sands Consulting Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim. Majlis ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang, Kajang.

Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang jemputan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Dipertua MPKj, Ybhg. Dato’ Hasan Nawawi bin Abd Rahman serta beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi yang mewakili MPKj. Turut memeriahkan majlis ini ialah Ketua Pengarah Eksekutif Sands Consulting Sdn Bhd, Ketua Pengarah Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd serta jemputan daripada Sands Consulting, Nurturing Concepts dan MPKj, serta yang diraikan anak-anak yatim Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah dan anak-anak yatim sekitar daerah Kajang.

Original Image

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Norsyahida Sulaiman dan Encik Mohd Sollehuddin A Jalil. . Majlis mengalu-alukan kedatangan Y. Bhg. Dato’ Hassan Nawawi ke Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim ini.

Majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada semua anak-anak yatim yang diraikan. Sumbangan yang diberikan adalah sumbangan ikhlas daripada pihak Sands Consulting Sdn Bhd dan Nurturing Concepts Sdn Bhd serta MPKj. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Hassan Nawawi diiringi oleh wakil daripada Nurturing Concepts Sdn Bhd, Puan Rita Rahayu dan Puan Nor Kamariah, wakil daripada Sands Consulting Sdn Bhd, Encik Luqman Hakim Mohd Nor dan wakil daripada MPKj, Encik Zahari. Beberapa orang hadirin juga turut menyampaikan sumbangan terus kepada anak-anak ini. Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang.

Original Image

Majlis seterusnya diteruskan dengan upacara bergambar bersama anak-anak ini sebelum masing-masing menikmati juadah berbuka puasa apabila tiba waktu Maghrib.

Sebuah hadith turut dibacakan untuk renungan bersama:

Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi Shallallaahu Alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi. [HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy: 254]

Majlis ini merupakan majlis kali kedua yang dianjurkan bersama antara pihak Nurturing Concepts Sdn Bhd dan pihak Sands Consulting Sdn Bhd. Tetapi pada tahun ini majlis ini turut diserikan dengan kerjasama daripada pihak MPKj. Terima kasih diucapkan. Semoga majlis seumpama ini akan dapat diteruskan di masa akan datang.

Original Image

Original Image

Original Image