Majlis Iftar dan Terawih di Rumah Amal Limpahan Kasih

Original Image

Alhamdulillah… Pada 4 Ogos 2011 yang lalu bersamaan 4 Ramadhan 1432H, Nurturing Concepts Sdn Bhd dengan kerjasama Sands Consulting Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong.

Seramai lebih kurang 100 orang kanak-kanak diraikan dalam majlis ini. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran kakitangan daripada kedua-dua syarikat ini serta ahli keluarga mereka. Pelbagai hidangan enak disediakan untuk dikongsi bersama anak-anak di rumah tersebut.

Sebaik azan Maghrib berkumandang, kami sama-sama menjamah sedikit kuih-muih dan seterusnya solat Maghrib secara berjemaah. Seusai solat, kami menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Sementara menunggu waktu Isyak, sedikit cenderahati disampaikan kepada anak-anak yang diraikan ini. Majlis diteruskan dengan solat Isya’ dan terawih berjemaah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan juga kepada Pengurus Rumah Amal Limpahan Kasih. Semoga keberkatan bulan Ramadhan berpanjangan dan dinikmakti oleh semua muslimin dan muslimat sekalian.

Original Image
Original Image
Original Image
Original Image
Original Image

Disediakan Oleh : Nur Ain Sha’ari
Disemak Oleh : Nor Kamariah Mohamad Alwi