Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu 2005 di Pantai Medical Centre

Original ImagePada hari Sabtu, 30 Julai, 2005, Pusat Perubatan Pantai (PMC)mendahului dalam Sambutan Penyusuan Susu Ibu tahun ini. Bersempena dengan sambutan BFW 2005 tahun ini, PMC telah melancarkan Manual Pengurusan Penyusuan Susu Ibu yang diterbitkan oleh Pusat Wanita dan Kanak-kanak Pusat Perubatan Pantai. Majlis perasmian telah dilakukan oleh YB Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ikuti beberapa sedutan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program perasmian di Ruangan Galeri.

Majlis Perasmian tersebut diteruskan dengan satu seminar ringkas mengenai penyusuan susu ibu kepada bakal ibu bapa yang akan menimang cahaya mata. Antara tajuk-tajuk yang telah dibentangkan adalah:
– Normal Course of Breastfeeding and What is Better Than Breastfeeding
– Breastfeeding and Maternak Nutrition
– When Do I Wean My Baby & Facts of Feeding
– Working and Breastfeeding

Sambutan ini akan diteruskan di sepanjang minggu hadapan di Pusat Perubatan Pantai iaitu dari 1 Ogos hingga 5 Ogos, 2005. Pelbagai Pameran Maklumat dan Barangan penyusuan susu ibu boleh diperolehi di sana.

Wakil SusuIbu.com juga akan turut serta di dalam pameran pada 2 dan 3 Ogos, 2005. Kepada ahli yang ingin bersua muka dengan wakil SusuIbu.com dijemput hadir ke pameran kami di sana.

Selain itu, SusuIbu.com akan melangkah ke Damansara Specialist Hospital pada 4 dan 5 Ogos, 2005 untuk mengadakan pameran di sana. Seterusnya 6 Ogos, 2005, ramai-ramai kita memeriahkan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat Wilayah Persekutuan di Jaya Jusco, Alpha Angle, Wangsa Maju.