Mama Selamat Bersalin

AlhamduliLlaah, sukacita dimaklumkan webmaster SusuIbu.Com “mama” telah selamat melahirkan “Nur Wujdan” (bayi perempuan, berat 2.6kg) pada pukul 1.59 pagi Isnin, 30/04/2007, di bilik bersalin SJMC. Proses bersalin telah berjalan secara normal dan dipermudahkan olehNya.

Semasa di dalam tempoh satu jam pertama di bilik bersalin, Wujdan berjaya disusukan. Peristiwa bersejarah ini telah dapat dirakamkan oleh suami tersayang (papas). Lagi gambar dan rakaman perjalanan hidup anak-anak mama di Laman Coretan Widad, Wafea dan Wujdan. InsyaAllah, seperti kakak-kakaknya, usaha penyusuan ini akan diteruskan selama 2 tahun.

Sempena bulan Mei ini, SusuIbu.Com mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua ibu-ibu seluruh dunia.