Memperkenalkan Adiri Breastbottle

Original ImageSusuIbu.com dengan bangganya ingin memperkenalkan sejenis alat yang dapat membantu kebanyakan ibu menyusu yang bekerja. Adiri Breastbottle dapat menggantikan payudara ibu sementara ibu keluar bekerja tanpa menimbulkan kekeliruan puting bagi kebanyakan bayi yang telah diuji. Dengan ciri-cirinya yang istimewa, SusuIbu.com percaya produk ini dapat menangani masalah kekeliruan puting bagi bayi yang menghadapi masalah ini.

Kebanyakan ibu bekerja menghadapi masalah di dalam mencari botol (atau lebih tepat lagi puting) yang sesuai untuk memberikan susu perahan sepanjang waktu bekerja. Kebanyakan bayi akan menghadapi kesukaran untuk menerima kedua-dua kaedah penghisapan yang amat berbeza iaitu payudara ibu dan botol biasa. Sebagai tanda perihatin kami terhadap permasalahan ini, SusuIbu.com julung-julung kalinya ingin memperkenalkan produk ini kepada rakyat Malaysia.

Sebagai harga pengenalan, SusuIbu.com dengan berbesar hatinya menawarkan potongan harga sebanyak 15% kepada 6 pembeli pertama yang membuat pesanan. Dapatkannya pada harga hanya RM84.00 hari ini juga.

Buat pesanan anda hari ini, dan kami akan memaklumkan sama ada anda adalah termasuk di dalam 6 pembeli bertuah. Layari SusuIbu.com Your Online Shopping Centre hari ini untuk makluman lanjut mengenai produk ini!