Menarik di Marhaban ya Ramadhan

Ustaz Nushi Mahfodz

Kenali jemputan khas kami, Ustaz Nushi Mahfodz:-
– Pensyarah di Foundation of Islamic Studies Dept, KUIS (2011-kini)
– Pensyarah di Islamic Law Dept, International Islamic University Malaysia (IIUM) (2001-2011)
– Masters in Syariah majoring in Usul al-Fiqh, di Aly Al-Bayt University, Jordan (1997-2001)
– Bachelor(Hons.) in Syariah and Islamic Studies, di Yarmouk University, Jordan (1993-1997).
(08:45 – 10:00 pg  :  Penghayatan Ramadhan: Amalan Ibu Ayah mendorong pembentukan anak soleh)

Menyusu di bulan RamadhanApakah kesan puasa terhadap kualiti dan kuantiti susu ibu, tumbesaran bayi, serta kesihatan ibu menyusu itu sendiri? Bagaimana persediaan ibu menyusu untuk menghadapi Ramadhan? Dr Ning Desiyanti Soehartojo dari SusuIbu.Com akan menghuraikan beberapa kajian ilmiah yang telah dibuat di dalam hal ini.
(10:30 – 11:30 pg : Penyusuan Ibu di Bulan Ramadhan)

Solat bergendong bayi

Pernah terfikir bagaimana bersolat tarawih dengan selesa bersama bayi dan anak kecil? Pelajari tips mengendong bayi semasa solat bersama Pn Norashida Abdul Rahman, dari SusuIbu.Com.

(11:30  –  11:45 pgTips Solat Terawih Bersama Bayi).

Pasar Ramadhan

Keliru tentang sajian berbuka dan bersahur? Pilih memasak atau beli saja di bazar? Dapatkan TIPS menyedia atau memilih makanan Halal dan Tayyiban, agar kekal sihat sepanjang Ramadhan, bersama Puan Nur Dayana Shaari, dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, KL (JKWPKL).

(11.45 – 12.45 ptgAmalan Pemakanan di bulan Ramadhan: Makan sihat, kuat beribadat)

Now You Are a Mother

Temui buku ini, sarat dengan ilmu dan petua keibubapaan Islami terkini – bakal dipamerkan dan sedia untuk ‘Pre-Order’ dengan harga istimewa, hanya di Seminar ini.

Now you are a Mother
by Du’aa’ Ra’oof Shaheen
Translated by Huda al-Khattab
(2012)

Daftarlah Sekarang. 🙂

Marhaban ya Ramadhan