Minggu Penyusuan Susu Ibu dan SusuIbu.com di Sana Sini

Original Image Bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun ini, seperti yang terkandung di dalam kalender pelbagai aktiviti telah dirancang diperingkat Kebangsaan, Negeri mahupun Pusat-pusat Perubatan. SusuIbu.com berusaha sedaya upaya mengumpul maklumat dan menghebahkannya kepada masyarakat pelayar web untuk mengetahui perkembangan serta aktiviti yang akan dan telah dijalankan.

SusuIbu.com juga tidak ketinggalan untuk mendekati masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan ini. Kepada pelanggan dan pelayar web SusuIbu.com yang ingin menemui wakil SusuIbu.com bolehlah ke tempat-tempat yang di senaraikan di bawah ini.

30 Julai, 2 & 3 Ogos, 2005 – SusuIbu.com akan berada di Pantai Medical Centre

4 & 5 Ogos, 2005 – SusuIbu.com akan berada di Damansara Specialist Hospital

6 Ogos, 2005 – SusuIbu.com akan berada di Alpha Angle, Jaya Jusco, Wangsa Maju.

Sama-samalah kita raikan Minggu Penyusuan Susu Ibu kali ini dan jangan lupa lawati ‘booth’ SusuIbu.com di tempat-tempat yang dinyatakan di atas kerana pasti pelbagai tawaran istimewa akan disediakan!

Jumpa di sana!!