Pelbagai Aktiviti Menarik di SusuIbu.com Sepanjang Tahun 2008

Original Image Bermula tahun 2008, SusuIbu.com akan mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan penyusuan susu ibu khususnya di aktiviti di Pusat Sokongan Laktasi SusuIbu.com. Antara aktiviti utama yang telah disusun sepanjang tahun ini adalah Kelas Penyusuan Susu Ibu untuk bakal Ibu dan Ayah. Selain itu, topik-topik khusus dalam menangani cabaran penyusuan susu ibu juga akan diadakan dari masa ke semasa. Aktiviti berkaitan penyusuan susu ibu kebanyakannya akan diadakan pada hari Ahad. Seterusnya, sebagaimana yang telah maklum, SusuIbu.com juga telah membuka Playgroup yang diadakan setiap Sabtu dan Selasa bagi memenuhi keperluan dan permintaan penduduk setempat di Bandar Baru Bangi.

Selain dari aktiviti dalaman yang bakal dilaksanakan, SusuIbu.com juga telah mencapai kata sepakat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk memperbanyakkan aktiviti sokongan di sana. Dari masa ke semasa ahli SusuIbu.com yang telah menyertai Kursus 18 jam atau Kursus Kumpulan Sokongan boleh menyertai rombongan lawatan ke wad-wad PPUM untuk memberi khidmat sokongan penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu di sana. Nantikan pengumumannya di laman web ini!

Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya bagi pihak pengurusan di SusuIbu.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan dan galakan terhadap aktiviti yang telah kami jalankan selama ini. Cadangan serta komen amat dialu-alukan agar kami dapat memperbaiki mutu perkhidmatan kami dari masa ke semasa. Jazakalllahu khairan kathira!