Pengumuman Kepada Semua Ahli Berdaftar!

Original ImageKepada semua ahli berdaftar terutama sekali yang telah dinaik taraf (berdasarkan posting), diharap dapat mengemaskini butiran keahlian terutama di bahagian butiran nama sebenar. Ini amat penting bagi pihak pengurusan untuk mengenalpasti ahli yang layak menerima potongan pembelian di Kedai Online SusuIbu.com.

Setakat ini, kedudukan keahlian yang telah dinaik taraf adalah seperti berikut:
Ezzuramd – Rakan Arif
Marisa – Rakan Setia
Workingmum – Rakan Karib
Ummidamia – Rakan Karib

Beberapa ahli lagi, bakal dinaik taraf tidak lama lagi. Kepada ahli-ahli yang mendapat potongan di Kedai SusuIbu.com boleh mengambil peluang ini, untuk menjadi saluran kepada rakan-rakan lain (mungkin di tempat kerja masing-masing) untuk mendapatkan barangan di SusuIbu.com. Dengan cara ini, anda juga boleh mendapat faedah (hasil potongan sebagai sumber pendapatan) dari setiap pembelian rakan-rakan anda.

Selamat Meneruskan Pelayaran di SusuIbu.com!!