Program dan Aktiviti di Bulan September

September 2006 ini, akan menyaksikan beberapa program dan aktiviti menarik yang melibatkan SusuIbu.com secara langsung!Original Image
Sertai aktiviti bersama SusuIbu.com di MidValley dari 1 hingga 3 September, 2006 dan Acara Breastfeeding’thon pada 16 September, 2006

Pada 1 September, 2006, jam 3 petang, sebagai salah satu acara di dalam program Mummy and Me, SusuIbu.com akan mengadakan satu ceramah selama 1 jam. Ceramah bertajuk “Tips on Breastfeeding” ditujukan khas buat ibu-ibu menyusu.

Seterusnya, SusuIbu.com akan terus berada di Mid Valley dari 1 hingga 3 September 2006 sebagai salah satu peserta “booth” Mummy and Me. Pelbagai program menarik telah disediakan khusus buat ibu dan anak. SusuIbu.com juga akan mengadakan pelbagai promosi jualan sepanjang kami berada di sana!
Untuk maklumat lanjut program di Mummy and Me.

Pada 16 September, 2006, SusuIbu.com adalah salah satu jawatankuasa kerja Program Sambutan Minggu Penyusuan SusuIbu Sedunia 2006 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini akan diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur. Ahli Susu Ibu.com digalakkan menghadiri program ini kerana pelbagai info terkini mengenai Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu tahun ini akan dikupas pada hari tersebut. Dapatkan maklumat penuh program di Ruangan Kalender SusuIbu.com

Selain itu, acara yang lebih menarik yang menanti ibu-ibu menyusu adalah Acara Breastfeeding’thon. Di dalam acara ini, ibu-ibu akan menyusukan anak masing-masing secara serentak. Detik bersejarah ini akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Record buat pertama kalinya di Malaysia. Berdaftarlah secara online di SusuIbu.com untuk menyertai program ini, Ruangan Acara SusuIbu.com

Di harap, bulan September ini, akan menjanjikan penuh keceriaan kepada semua ibu-ibu yang terus bersemangat menyusukan anak masing-masing!