Program Penggalakan dan Sokongan Penyusuan Susu Ibu – Siri Pertama

Original ImageOriginal ImageSeperti yang telah dijanjikan, SusuIbu.com dan MomsLittleOnes akan menganjurkan sebuah program bersiri Penggalakan dan Sokongan kepada ibu-ibu yang sedang atau bakal menyusu anak mereka. Sehubungan dengan itu, program pertama yang bertajuk Breastfeeding The New Trend – Penyusuan Susu Ibu, Gaya Hidup Masa Kini, akan diadakan pada 9 April, 2005. Pelbagai pengisian menarik telah diatur sepanjang program ini. Bagi memeriahkan program pertama ini, seorang Tetamu Istimewa juga telah dijemput hadir. Pendaftaran online akan dibuka mulai hari ini. Kepada pasangan atau ibu yang berminat untuk menyertai program ini, anda dijemput mengisi Borang Pendaftaran ini.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program tersebut:

Topik Perbincangan: Breastfeeding The New Trend – Penyusuan Susu Ibu, Gaya Hidup Masa Kini
Pakar Jemputan : Che’ Aini Abdul Razak, Kaunselor Laktasi, Hospital Besar Kuala Lumpur
Tempat : 59 Jln 8/27D Section 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur – Rujuk Peta
Tarikh : 9 April, 2005
Hari : Sabtu
Masa : 10:30 pagi – 2:30 petang

Agenda:

10:30 pg – Pendaftaran Tetamu
– sila pastikan anda telah mendaftar secara online

11:00 pg – Ceramah Pendek oleh Pakar Laktasi
– Penceramah akan memberikan pandangan beliau mengenai Konsep Penyusuan Susu Ibu dan mengapakah penyusuan boleh dianggap sebagai satu gaya hidup baru masa kini.

11:45 pg – Sembang-sembang Meja Bulat
– Tetamu akan dapat berbincang mengenai topik yang telah dikupas oleh penceramah dan bertanyakan sebarang kemusykilan yang timbul. Tetamu juga digalakkan berkongsi pengalaman mengenai topik yang dibincangkan dan cuba mengenengahkan sebarang idea yang dapat membantu ibu-ibu lain untuk meneruskan penyusuan.

12:45 pg – Maklumat Terkini Produk
– Satu penerangan ringkas mengenai produk yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan

1:00 tgh – Jamuan Pot Luck, Promosi Barangan Penyusuan dan Acara Bebas
– Tetamu boleh melihat promosi barangan yang diadakan sambil menikmati hidangan jamuan secara Pot Luck
– 3 Cabutan bertuah akan diadakan
– Tetamu juga boleh meneruskan perbincangan dan bertukar fikiran bagi menambahkan lagi keakraban sesama ibu-ibu yang menyusu

Berdaftarlah hari ini untuk menyertai program ini. Sukacita diingatkan, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk program ini dan ianya lebih bercorak santai. Oleh itu, setiap tetamu digalakkan membawa sedikit makanan untuk dikongsi bersama tetamu yang lain (Konsep Pot Luck). Sila nyatakan menu makanan yang akan dibawa pada hari tersebut semasa membuat pendaftaran.