Program Penggalakan Keahlian SusuIbu.com

Original ImageSebagai pembuka lebaran baru di tahun 2005 ini, SusuIbu.com ingin melancarkan Program Penggalakan Keahlian kepada setiap pengunjung di SusuIbu.com. Di dalam program ini, SusuIbu.com menggalakkan kepada pengunjung portal ini mendaftar sebagai ahli. Seterusnya setiap ahli berdaftar digalakkan supaya menglogkan kemasukan setiap kali lawatan agar setiap aktiviti akan dapat direkodkan. Kiriman mesej yang direkodkan berdasarkan keahlian akan memberikan mata kepada ahli tersebut. Seterusnya ahli tersebut akan dikurniakan diskaun kepada setiap pembelian barangan di kedai maya SusuIbu.com mengikut tahap keahlian.

Untuk melaksanakan program ini, SusuIbu.com akan merekodkan setiap penghantaran mesej ahli kepada portal ini termasuklah kiriman Forum, Soalan Lazim dan juga Komen pada setiap bahagian yang terdapat di ruangan artikel di SusuIbu.com. Setiap mesej yang dihantar akan memberi satu mata ke dalam kedudukan keahlian. Kedudukan keahlian pula terbahagi kepada 5 peringkat iaitu Kenalan Baru(KB), Rakan Karib(RK), Rakan Setia(RS), Rakan Arif(RA) dan Rakan Rujuk(RR). Setiap kedudukan keahlian ini mempunyai kelebihan diskaun berbeza kepada produk yang akan dibeli di laman web ini.

Berikut merupakan Jadual Kedudukan Keahlian SusuIbu.com:

Kategori Keahlian Kutipan Mata Peratusan Diskaun
Kenalan Baru 0-20 0%
Rakan Karib 21-40 5%
Rakan Setia 41-80 10%
Rakan Arif 81-160 15%
Rakan Rujuk 161-320 20%

Matlamat utama kepada program ini adalah untuk mendapatkan sokongan yang lebih mantap di kalangan ahli di portal ini. Caranya pula amat mudah, lebih banyak informasi yang ahli sumbangkan kepada portal ini, lebih banyak keistimewaan yang diperolehi. Lebih banyak aktiviti yang direkodkan, maka lebih banyaklah faedah yang diperolehi.

Jangan lupa, daftarlah sebagai ahli dan log masuk setiap kali melawat SusuIbu.com!!