Program Penggalakan Penyusuan Susu Ibu kali ke 5

SusuIbu.com buat pertama kalinya pada tahun 2006 ini akan mengadakan satu lagi program penggalakan penyusuan.

Program pada 25 Februari, 2006 ini yang bertajuk ‘Urutan Buat Si Manja’ akan lebih menyentuh teknik ikatan kasih sayang pelengkap yang boleh dijalin oleh seisi keluarga selain dari penyusuan susu ibu yang hanya boleh dinikmati antara ibu dan anak.

Program kali ini akan di tunjuk ajar oleh seorang instruktur dari Baby Wellink Services, iaitu Sister Choong. Beliau telah menerima latihan profesional dari International Association of Infant Massaging. Di dalam program ini, beliau dengan sukarelanya akan menunjuk cara / demonstrasi teknik urutan yang sesuai digunakan ke atas bayi secara percuma!

Jangan berlengah lagi. Berdaftarlah hari ini secara Online di SusuIbu.com

Untuk maklumat lanjut program, sila layari Ruangan Kalender

Sebagai bahan bacaan tambahan, elok juga jika para peserta turut mendapatkan sebuah buku bertajuk ‘Bayi Cerdik‘ yang sedikit sebanyak ada menyentuh tentang panduan untuk meransang perkembangan kanak-kanak.