Program Penggalakan Penyusuan Susu Ibu ke-4

Original ImageOriginal Image

Bersempena dengan Sambutan Bulan Penyusuan Susu Ibu, Program Penggalakan Penyusuan Susu Ibu akan mengadakan sessi perjumpaan kali ke 4 pada 27 Ogos, 2005 di ‘UmmikuSayang Activities and Books Center’. Kami mengalu-alukan UmmiKuSayang sebagai penganjur bersama untuk program kali ini. Topik kali ini berdasarkan tema Sambutan Penyusuan Susu Ibu Sedunia iaitu, “Breastfeeding and Family Foods: Loving and Healthy – Feeding other foods while breastfeeding is continued”. Klik ‘Read more…’ untuk dapatkan maklumat lanjut program..
Original Image

Berikut adalah jadual agenda yang telah dirancangkan:

2:30 petang – Pendaftaran Peserta
3:00 petang – Forum bertajuk: ‘You Are What You Eat – Nutrition for Mothers and Breastfed Babies bersama Puan Siti Mariam, Pegawai Zat Makanan dan Puan Kamariah, Wakil Ibu
4:00 petang – Demonstrasi resepi dan masakan oleh Puan Irdawati Mohd Nor
4:30 petang – Perbincangan Bebas Isu Penyusuan Susu Ibu
5:00 petang – Majlis Bersurai

Pendaftaran kali ini dibuka dengan sedikit yuran iaitu RM30. Minuman dan Makanan turut disediakan. Bayaran yuran pendaftaran perlu dibuat setelah anda mendaftar secara Online di SusuIbu.com.

Berdaftarlah hari ini!

**Selain itu, UmmiKuSayang akan mengadakan sessi ‘Read Aloud Mini’ untuk anak-anak peserta dengan bayaran yang minimum iaitu RM5 setiap kanak-kanak. Untuk anak berusia 4 tahun ke bawah, sila bawa penjaga/suami untuk menemani anak tersebut. Sila nyatakan di bahagian Nota Tambahan, jika berminat untuk menyertai sessi ‘Read Aloud Mini’.

Alamat Lokasi Program:
UmmikuSayang Activities and Books Center
46A, Jalan Kota Raja M 27/M,
Hicom Town Center, Section 27,
40400 Shah Alam
Dapatkan peta ke Lokasi di sini!