Ruang Pameran baru di Seri Kembangan

Original Image

Syukur Alhamdulillah…Nurturing Concepts Sdn Bhd, di Seri Kembangan telah melangkah ke hadapan dengan menjadikan ruang pameran yang lama di tingkat satu lebih kepada pusat aktiviti seperti Latihan, Aktiviti untuk Ibu Bapa dan juga kanak-kanak, Pusat Sumber Laktasi, dan juga digunakan untuk sesi Kaunseling. Di Pusat Sumber Laktasi, terdapat pelbagai jenis buku yang sesuai untuk pembacaan semua, semasa mengandung, berkaitan penyusuan, rujukan untuk Ibu Bapa, Nutrisi, perkembangan kanak-kanak, perubatan dan sebagainya.

Original Image
Ruang yang digunakan untuk sesuatu latihan / perbincangan

Original Image
Bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sumber

Original Image
Pusat Sumber di tingkat 1

Original Image
Poster tentang penyusuan

Original Image
Ruang rehat di tingkat 1

Selain itu, aktiviti dan khidmat professional susuibu.com juga diadakan di tingkat 1. Puan Rita Rahayu adalah Pakar Laktasi di Seri Kembangan. Kumpulan IBCLC juga akan berkumpul dan mengadakan aktiviti mereka di situ.

Original Image
Ruang pameran di tingkat bawah

Ruang pameran telah berpindah ke tingkat bawah. Pelanggan boleh menikmati ruang pameran yang lebih besar dan selesa. Di situ juga terdapat satu ruang khas yang dikenali sebagai Pumping Station dengan demontrasi pam di mana para pelanggan kami boleh mencuba pam yang ada di situ. Antara pam-pam yang terdapat di situ ialah Medela Free Style, Medela Pump In Style Advanced, Mamivac Lactive, Mamivac Easy, Medela Harmony, Medela Swing, Ameda dan Spectra 3.

Original Image
Ruang Pumping Station di tingkat bawah

Original Image
Ruang rehat /menunggu yang lebih luas dan selesa

Original Image
Tempat untuk menukar lampin bayi juga disediakan

Alamat kami :-

Moms Little Ones
25-2, Jalan BPP 5/1,
Permai Square 1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan
Selangor

Lokasi Moms Little Ones