Ruangan Soalan Lazim Dikemaskini dan Diperbaiki

Original Image Makluman kepada pelayar web SusuIbu.com. Bahagian Soalan Lazim telah dikemaskini menggunakan modul yang lebih bersepadu dan bijak. Di bahagian Soalan Lazim ini, terdapat 4 bahagian utama: Soalan Lazim, Hantar Soal Jawab, Hantar Soalan dan Soalan Terbuka. Modul ini bertindak secara interaktif dan akan mengumpulkan soalan dan jawapan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Di dalam bahagian Soalan Lazim, senarai soal jawab yang telah diterbitkan akan disenaraikan di sini. Pelayar juga digalakkan menghantar komen pada jawapan yang telah diterbitkan untuk memperbaiki lagi segmen rujukan ini.

Untuk ruangan Hantar Soal Jawab, kami memberi peluang kepada pelayar web untuk menyumbang Soal Jawab yang diketahui, tetapi belum disenaraikan di dalam bahagian Soalan Lazim. Soal Jawab ini akan disemak oleh penyelenggara web dan diterbitkan mengikut kategori yang sesuai secepat mungkin.

Jika persoalan yang dicari masih belum ditemui, pelayar boleh menghantar soalan tersebut ke bahagian Hantar Soalan. Soalan-soalan ini kemudiannya akan disemak oleh penyelenggara dan disenaraikan di bahagian Soalan Terbuka, sekiranya penyelenggara tidak dapat mencari jawapannya sendiri.

Jika terdapat di antara pelayar web yang telah menemui jawapan kepada Soalan Terbuka yang disenaraikan, anda juga digalakkan menyumbang jawapan kepada soalan tersebut di ruangan Soalan Terbuka.

Sama-samalah kita membina bahagian Soalan Lazim ini agar ianya dapat memberi lebih manfaat kepada masyarakat maya di Malaysia khususnya di dalam persoalan Penyusuan Susu Ibu.