Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2007

Original Image Pada 1 hingga 7 August 2007 depan, sekali lagi kita akan menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Tema kali ini berbunyi
“Breastfeeding: The 1st Hour, Early initiation and exclusive breastfeeding for six months can Save more than ONE million babies!” Baca lebih lanjut mengenai agenda sambutan tahun ini di World Breastfeeding Week.

Kepada semua pelayar SusuIbu.com, dianjurkan untuk mewar-warkan tema WBW2007 ini kepada semua sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga, dan sesiapa sahaja yang berkenaan dengan aktiviti penyusuan susu ibu ini. Permulaan yang baik iaitu seawal jam pertama selepas kelahiran mampu memberi seribu kelainan kepada pengalaman penyusuan susu ibu. Lakukannya untuk diri anda, anak-anak anda serta generasi akan datang kerana hanya SUSU IBU boleh menjadi sumber pemakanan terbaik untuk pewaris bangsa kita!

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu!