Bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menganjurkan Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Wilayah pada 6 Ogos, 2005 ini bertempat di Foyer Jaya Jusco, Alpha Angle, Wangsa Maju.
Pelbagai acara menarik telah dirancang sepanjang program tersebut. Orang ramai dijemput mengambil bahagian di dalam mana-mana program yang bersesuain dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah senarai program yang telah diatur:
1. Pertandingan Mencipta Resipi Sihat Untuk Bayi Menyusukan Susu Ibu Berumur 6-12 bulan
Tarikh Tutup Penyertaan: 2 Ogos, 2005
Syarat-syarat: Resipi Asli dan sertakan gambar resipi yang dicipta – dapatkan maklumat lanjut di dalam borang penyertaan
2. Pertandingan Pertandingan Mencipta Logo dan Poster Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 2005.
Tarikh Tutup Penyertaan: 2 Ogos, 2005
Syarat-syarat: Karya Asli – dapatkan maklumat lanjut di dalam borang penyertaan
3. Pertandingan Speed & Complete Baby Contest di Kalangan Bapa
Masa dan Tempat Pertandingan: Di Majlis Pelancaran (6 Ogos, 2005)
Syarat-syarat: Bapa yang mempunyai bayi berumur 6 bulan – 1 tahun
4. Pertandingan Kanak-kanak Bergaya Berumur 2-5 Tahun
Tempat: Tingkat 3, Jabatan Kesihatan DBKL,
KM 4, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tarikh: 24 Julai, 2005
Masa: 9:00 pagi
Syarat-syarat: Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 2-5 tahun
Dapatkan kesemua Borang Penyertaan Untuk Program di atas di Bahagian Muat Turun> Borang-borang.