Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan

Original ImageBersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menganjurkan Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Wilayah pada 6 Ogos, 2005 ini bertempat di Foyer Jaya Jusco, Alpha Angle, Wangsa Maju.

Pelbagai acara menarik telah dirancang sepanjang program tersebut. Orang ramai dijemput mengambil bahagian di dalam mana-mana program yang bersesuain dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah senarai program yang telah diatur:

1. Pertandingan Mencipta Resipi Sihat Untuk Bayi Menyusukan Susu Ibu Berumur 6-12 bulan
Tarikh Tutup Penyertaan: 2 Ogos, 2005
Syarat-syarat: Resipi Asli dan sertakan gambar resipi yang dicipta – dapatkan maklumat lanjut di dalam borang penyertaan

2. Pertandingan Pertandingan Mencipta Logo dan Poster Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 2005.
Tarikh Tutup Penyertaan: 2 Ogos, 2005
Syarat-syarat: Karya Asli – dapatkan maklumat lanjut di dalam borang penyertaan

3. Pertandingan Speed & Complete Baby Contest di Kalangan Bapa
Masa dan Tempat Pertandingan: Di Majlis Pelancaran (6 Ogos, 2005)
Syarat-syarat: Bapa yang mempunyai bayi berumur 6 bulan – 1 tahun

4. Pertandingan Kanak-kanak Bergaya Berumur 2-5 Tahun
Tempat: Tingkat 3, Jabatan Kesihatan DBKL,
KM 4, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tarikh: 24 Julai, 2005
Masa: 9:00 pagi
Syarat-syarat: Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 2-5 tahun

Dapatkan kesemua Borang Penyertaan Untuk Program di atas di Bahagian Muat Turun> Borang-borang.