Selamat Hari Raya Eid ul-Adha


Assalaamu’alaikum wbt,

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid ul-Adha buat semua warga SusuIbu.Com dan sekalian umat Islam. Sempena Eid ul-Adha ini, Pusat Laktasi SusuIbu.Com di Seksyen 9 BB Bangi akan ditutup mulai esok (Khamis, 20/12/2007 hingga Sabtu, 22/12/2007). Pusat kami akan dibuka semula pada hari Ahad, 23/12/2007, 10am-6pm seperti biasa.
Menjelang hari gemilang ini, muslimin dan muslimat berkesempatan bertafakur mengenangkan pengorbanan ulung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihim as-salaam, dalam mencari keredhaan Allah swt. Diikuti pengorbanan para anbiya’ dan seluruh pendukung Islam umumnya. Turut tersemat dalam kenangan ini, pengorbanan para ibu dalam menjalankan antara ibadah harian mereka — menyusukan anak — dalam dunia moden penuh cabaran dan pancaroba. Semoga Allah membantu kita, dan segala usaha dalam keberkatan dan keredhaanNya jua.

Eid ul-Adha al-mubaarak. Selamat menjalankan ibadah qurban — Berhati-hati di jalan raya.

Wassalaam.
–susuibu.com