Selamat Tahun Baru 1427 Hijrah

Pada minggu hadapan kebanyakan rakyat Malaysia akan bercuti panjang. Bermula dengan perayaan Tahun Baru Cina, Awal Muharam dan diikuti pula dengan Hari Wilayah Persekutuan. SusuIbu.com mengucapkan selamat bercuti dan kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Sempena menyambut Tahun Baru kali ini, SusuIbu.com telah mengatur beberapa perancangan aktiviti.

Antara aktiviti terdekat adalah, Urutan Buat Si Manja pada bulan Februari dan Get Back to Shape pada bulan Mac. Nantikan pengumuman aktiviti di ruangan Kalender Aktiviti.

Selain dari itu, SusuIbu.com juga di dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah VCD Panduan Penyusuan Susu Ibu yang berkonsepkan pengetahuan berasaskan budaya dan kemudahan yang ada di Malaysia. Semoga dengan pendedahan melalui VCD ini nanti, lebih ramai ibu-ibu yang boleh menyusukan anak mereka walaupun terpaksa keluar bekerja. Kami akan menghantar berita terperinci mengenai projek ini di dalam masa terdekat ini.

SusuIbu.com juga akan memperbaharui beberapa polisinya termasuk ‘ranking’ keahlian bermula 1 Muharam 1427 nanti, bersamaan 31 Januari, 2006. Ikuti maklumat selanjutnya mengenai perubahan polisi ini di dalam berita selanjutnya.

Akhir kata, SusuIbu.com sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru dan semoga dengan bermulanya tahun baru ini, kita semua akan dapat mencapai apa yang diazamkan dengan jayanya terutama sekali dalam usaha membesarkan anak-anak menjadi insan kamil dan kamilah di dunia dan akhirat.