Selamat Tahun Baru Hijrah 1426

Original ImageHari ini, alhamdulillah kita telah berjaya melangkah ke satu lagi tahun baru. Berbekalkan sirah RasulAllah yang memulakan 1 Hijrah, setiap umat Islam khususnya perlu menyambut kedatangan tahun baru ini dengan penuh semangat dan keazaman untuk memperbaharui kehidupan ke arah yang lebih baik. Tidak cukup sekadar kita mengharapkan kedatangan tahun baru itu memberikan sesuatu yang baik kepada kita, tetapi biarlah kebaikan yang diharapkan itu datangnya dari dalam diri kita sendiri iaitu, niat untuk berubah dan berusaha untuk mengubah keadaan.Justeru itu, SusuIbu.com ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1426 kepada semua pelayar web yang beragama Islam. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan berhijrah kepada satu kehidupan yang lebih bermakna. Salam Ma’al Hijrah!