Seminar Perinatal di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan

Original ImagePada 29 dan 30 Mei, 2005 ini, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan akan menganjurkan sebuah Seminar Perinatal. Program berbentuk pameran dan ceramah khusus mengenai Kehamilan, Kelahiran dan Penyusuan dibuka untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pertama. Ibu-ibu yang berada di sekitar pantai timur digalakkan untuk menyertai program ini bagi mendapatkan lebih maklumat dan membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi kelahiran bayi. SusuIbu.com bersama Lactaequip Medical akan menyertai pameran dan demonstrasi di dalam program tersebut.

Antara acara menarik yang disediakan sepanjang program tersebut adalah:

– Lawatan Pameran oleh Pelbagai Pengeluar Produk
– Ceramah Kehamilan
– Demonstrasi Penyusuan Susu Ibu
– Ceramah Penyusuan Susu Ibu

Jumpa di sana!!