Seorang Ahli SusuIbu.com Mengidap BIH

Original Image Semalam saya dimaklumkan melalui SMS, oleh Wan Norashikin, atau nama keahliannya di sini ‘wannorashi’ yang beliau sedang menghidap sejenis penyakit yang dipanggil ‘Benign Intracranial Hypertension’. Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit ini, boleh layari, sebuah laman web persendirian pengidap penyakit ini. atau maklumat dari Wikipedia

Dalam SMS Wan Norashikin, beliau menyatakan, buat masa ini, tidak dapat melayari SusuIbu.com. Beliau menyampaikan salam buat semua ahli SusuIbu.com khususnya buat, lovebaby, shiha dan mamaampang.

Buat masa ini, beliau sedang menjalani beberapa ‘lumbar puncture’, sebagai salah satu kaedah perubatan untuk penyakit ini. Justeru itu, saya menyeru, semua ahli SusuIbu.com mendoakan agar beliau cepat sembuh!