Sertai Breastfeeding Wave di SusuIbu.com

Original ImagePada 8 Ogos, 2007, SusuIbu.com akan menjadi salah satu pusat yang menyertai aktiviti ‘The Global Breastfeeding Wave’. Justeru itu, SusuIbu.com dengan berbesar hatinya ingin menjemput ibu-ibu yang masih menyusukan bayi mereka untuk menyertai program ini, di mana peserta akan menyusukan bayi mereka secara serentak selama 1 minit pada jam 10:00 pagi.

Aktiviti ini akan dirakamkan dan dihantar sebagai salah satu penyertaan dari negara kita Malaysia (disamping penyertaan dari beberapa lokasi lain seperti Penang, Hospital Kuala Lumpur, Pusrawi, Pantai Medical Centre, dan PPUM) kepada WABA – World Alliance for Breastfeeding Action.

Antara program lain yang disediakan sepanjang hari tersebut adalah:
– Hari Terbuka SusuIbu.com (pengenalan kepada program/aktiviti yang disediakan)
– Kaunseling Laktasi percuma
– Jualan Hebat terus dari kaunter SusuIbu.com

Tunjukkan komitmen anda di dalam penyusuan Susu Ibu dengan menyertai program ini! Orang ramai juga dijemput datang untuk mengenali dengan lebih dekat Pusat Sokongan Laktasi SusuIbu.com.

Kepada yang akan hadir untuk salah satu atau kedua-dua program bolehlah mendaftar secara online di sini!

Jangan lupa 8 Ogos, 2007!