SGM 3 Zon Pantai Timur : Kali ini diadakan di Kuantan

Original Image

Alhamdulillah,
Pada 16hb April 2011, dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari, MBFPC East Coast Region telah berjaya mengadakan SGM Ke-3: Breastfeeding for Working Mommies.

Seramai lebih dari 30 orang peserta telah menyertai SGM kali ni, dengan lebih dari 5 orang PC berjaya menghadirkan diri, beserta sokongan dari keluarga dan suami tercinta.

Topik ini telah dibincangkan dengan penuh maklumat, segala info dan pengalaman telah dikongsi bersama, dari yang telah berjaya kepada yang belum mempunyai
apa-apa pengalaman.

Terdapat beberapa peserta yang sedang mengandung, juga terlibat dalam sesi kali ini, dan dengan keyakinan yang ada, kami telah memberi penerangan yang teliti dan menyeluruh, dan dapat membuka mata para peserta bahawa tiada halangan yang dapat menghalang niat untuk menyusukan, terutamanya bagi golongan ibu yang bekerjaya.

Topik dibahas dan dihujah, serta segala kekeliruan dan pertanyaan dijawab dengan jelas dan terperinci. Segala persoalan yang timbul, berjaya ditangkis oleh para PC yang hadir, dan berjaya meyakinkan para peserta untuk lebih berfikiran positif dalam setiap perkara.

Moga pertemuan akan datang lebih berjaya!
Syabas juga kepada setiap PC yang begitu komited!!!

Disediakan oleh : Sharifah Nurul Ain Engku Mokhtar, MBfPC

Print Friendly, PDF & Email