SGM 7 : Challenges in Breastfeeding Toddlers

Original Image

Alhamdulillah...Pada 24 Oktober yang lalu, seramai 14 orang peserta telah menghadiri Support Group Meeting yang dianjurkan oleh SusuIbu.com. Topik yang dibincangkan pada kali ialah Challenges in Breastfeeding Toddlers.

Perjumpaan kali ini telah diadakan di SusuIbu.Com kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk diadakan di tempat terbuka seperti biasa di Tasik Cempaka, Bangi. Terima kasih kepada semua peserta yang sudi menjayakan perjumpaan kali ini walaupun perlu meredah hujan untuk sampai ke sini. Dan seperti biasa, mereka datang bersama keluarga dan juga membawa sedikit hidangan untuk dikongsi bersama.

Memandangkan ruang di SusuIbu.Com agak kecil dan bilangan peserta tidak terlalu ramai, mereka hanya berkumpul bersama dalam satu kumpulan yang dikendalikan oleh Puan Nurhayati (@hayatie). Antara peserta yang hadir ialah Nurzuhaila (@amnila), Nurul Akmal (@jahraa), Cik Rafidah (@lovebaby), Nur Shazura (@nurshazura), Yusrina (@yus_azlan), Nor Hanidah (@hanidah), Norliza (@illieaza), Najwa (@umiazra), Nor Zarina (@mamidamia), E-Car Nazrin (@ibuEiymann), Nora Herni (@hernihpa), Noor Salinda (@ummi_alif) dan Nor Haslina (@rashliana).

Perbincangan pada kali ini menghurai isu cabaran dan hikmah penyusuan ibu untuk anak-anak berusia lebih setahun. Antara cabaran yang dikongsi bersama pada kali ini ialah, kanak-kanak yang menyusu mempunyai pelbagai aksi dan gaya ketika menyusu, dan ini ini akan menyebabkan puting ibu boleh luka, melecet dan sebagainya. Pada usia ini, anak-anak sudah mempunyai gigi dan mereka suka menggigit puting ibu sehingga menyebabkan kesakitan pada ibu. Ini adalah salah satu cabaran yang besar buat ibu. Bagi sesetengah ibu yang tidak kuat untuk menghadapi cabaran ini, mereka akan berputus asa dan tidak mahu meneruskan penyusuan. Cabaran yang lain ialah ibu yang bekerja akan merasa letih dan tidak mampu untuk menampung berat anak yang semakin membesar dan berasa lenguh ketika menyusu dalam posisi berbaring. Dan cabaran terakhir ialah anak sudah pandai berkata-kata dan meminta disusukan walau di mana sahaja mereka berada. Pada sesetengah ibu, perkara ini jika boleh mahu disembunyikan kerana tidak mahu mengadapi komen negatif yang bakal diberikan oleh masyarakat.

Antara hikmah penyusuan pada peringkat kanak-kanak adalah hubungan ibu dan anak sangat erat. Ibu-ibu yang hadir berkongsi pengalaman tentang keakraban anak-anak mereka berbanding yang tidak menyusui untuk tempoh yang panjang. Mereka juga berkongsi pengalaman tentang anak-anak ini sebenarnya lebih berdikari walaupun pada pandangan masyarakat mereka nampak lebih manja dengan ibunya. Mereka juga bijak dan sangat prihatin pada keperluan adiknya lebih-lebih lagi tentang penyusuan ibu. Anak-anak ini juga akan lebih memahami, kerana di sini mereka dapat belajar tentang penyusuan ibu di mana pada mereka payudara ibu adalah satu objek sumber makanan, keselesaan, keselamatan dan kasih sayang dan tidak memandang payudara itu sebagai objek seks semata-mata.

Perjumpaan kali ini diakhiri dengan sambutan meraikan hari kelahiran yang ke-2 untuk si kecil yang hadir dan sekaligus meraikan kejayaan ibu menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Tahniah diucapkan kepada mereka!

Akhir kata, kami di pihak SusuIbu.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan sentiasa menyokong program kami ini. Diharapkan agar SGM akan datang sentiasa meriah dengan kehadiran anda semua.

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image