SGM 8 : Weaning Process – Baby Led Weaning

Original Image
Alhamdulillah...Pada 28 November yang lalu, SusuIbu.Com telah berjaya meneruskan aktiviti bulanan iaitu Support Group Meeting. Perjumpaan ini sentiasa mendapat sambutan oleh ibu-ibu yang ingin mendapatkan ilmu dan berkongsi pengalaman mereka.


Topik yang dibincangkan pada kali ini ialah Weaning Process Baby Led Weaning. Topik kali ini sangat berguna kepada semua ibu kerana isu ini selalu merunsingkan ibu semasa proses menceraikan susu ibu.

Perjumpaan kali ini telah diadakan di Tasik Cempaka, Bangi. Alhamdulillah, cuaca mengizinkan untuk berada di situ sehingga akhir perjumpaan. Dan seperti biasa, peserta-peserta ini datang bersama keluarga bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. Tidak lupa juga bekalan makanan untuk santapan bersama. Oleh kerana terdapat 27 orang peserta termasuk kaum bapa, jadi mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama dikendalikan oleh Puan Hanidah (@hanidah) dan dibantu oleh Puan Nur Hayati (@hayatie). Seramai 8 orang peserta menyertai kumpulan ini iaitu Cik Rafidah (@lovebaby), Saadiah (@aqildiaz), Hamiza (@ummimiza), Nik Zaleha (@niznim), Zunaidah Selamat (@bigmama), Nurul Akmal (@jahraa), Ku Roszilawati (@luvhaziq) dan Norliza(@illieaza).

Original Image

Dalam kumpulan ini, mereka memecahkan ungkapan Weaning Process dan Baby-Led Weaning. weaning akan bermula apabila bayi sudah mula makan manakala baby-led weaning proses cerai susu yang ditentukan sendiri oleh anak. Mereka juga membincangkan tentang proses semulajadi cerai susu ini, iaitu pengaruh keadaan sekeliling contohnya seperti iklan dan kawan. Ada juga anak-anak sendiri yang mahu cerai susu apabila mereka sudah mempunyai gigi dan ingin belajar menggunakan gigi mereka. Selain itu, perkara yang dibincangkan bersama adalah mengenai jenis makanan dan minuman yang sesuai untuk anak mereka dalam proses ini. Dan di sini, ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan makanan mereka, semestinya makanan yang seimbang demi perkembangan anak-anak.

Kumpulan kedua dikendalikan oleh Puan Ismazura (@ajui75). Seramai 11 orang peserta menyertai kumpulan ini iaitu Nor Hasni (@z_hasni), Nooraidah (@nelcyndana), Wan Juhana (@muwan), Norhasmiza (@mizz_09), Mazriza (@petai), Nurhidayu (@ayukhairy), Najwa Salwana (@secret), Nor Haslina (@rashliana5), Nurzuhaila (@amnila), Nor Zarina (@mamidamia) dan Nadia (@makkhidir).

Original Image

Kumpulan ini membincangkan tentang halangan yang dialami ketika proses cerai susu ini, antaranya ialah ibu terasa bersalah kerana mahu ceraikan susu dengan anak yang masih ingin menyusu. Keadaan ini seringkali berlaku kepada kebanyakan ibu-ibu yang menyusu ibu sepenuhnya. Antara halangan lain ialah masalah kesihatan, dan pandangan orang lain terhadap kita yang masih menyusukan anak yang sudah besar. Untuk proses cerai susu ini, perkara yang penting ialah memastikan bahawa ibu dan anak itu sendiri sudah bersedia. Terdapat juga beberapa proses untuk memulakan proses cerai susu ini iaitu ibu itu boleh mengurangkan bilangan penyusuan. Jika sebelum ini anak menyusu selama 8 kali, jadi ibu boleh kurangkan bilangan penyusuan kepada 7 atau 6 kali dan seterusnya secara berperingkat. Ibu juga boleh menyusu hanya sekali sahaja pada satu-satu masa. Ibu boleh memilih waktu yang sesuai contohnya menyusu pada waktu pagi sahaja atau malam sahaja. Selain itu, mereka juga boleh menyediakan aktiviti untuk anak mereka bagi menghilangkan keinginan mereka untuk menyusui pada waktu itu contohnya bermain di taman permainan. Dan tips yang paling penting ialah Jangan pelawa dan jangan menolak.

Kumpulan ketiga iaitu kumpulan bapa-bapa dikendalikan oleh seorang Peer Counselor lelaki yang telah dilatih iaitu Encik Ahmad Ajwad (@ddirsyad). Kumpulan ini disertai oleh Encik Mohd Azwan, Encik Mohd Husaini, Encik Ahmad Farid dan Encik Mohd Rizal.

Original Image

Kumpulan bapa-bapa pula membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan proses cerai susu ini terjadi ialah mengandung, pengaruh luar seperti keluarga, kurangnya susu badan yang menyebabkan ibu menjadi tertekan dan ibu tidak mempunyai masa untuk bersama dengan anaknya. Mereka juga membincangkan tentang isu-isu yang menyebabkan cerai susu ini iaitu kehendak ibu itu sendiri. Selain itu, kumpulan ini turut memberi beberapa cara untuk proses cerai susu iaitu campurkan bahan makanan dengan susu ibu, tukar rutin harian untuk menyusukan anak seperti mengurangkan sesi menyusu, dan juga boleh berbincang dengan anak itu sendiri tentang proses ini.

Perjumpaan ini diakhiri dengan sesi menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang dibawa oleh setiap peserta. Akhir sekali, kami berharap agar SGM terakhir pada bulan hadapan untuk tahun ini akan lebih meriah dan mendapat sambutan ramai. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami!

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image

Original Image