SGM Kelima – Kembali ke Tasik Cempaka

Original Image

Alhamdulillah...Seramai 15 orang peserta telah menghadiri Support Group Meeting yang telah dianjurkan oleh SusuIbu.com pada 27 Jun yang lalu. Topik yang dibincangkan kali ini lebih menarik dan lebih kepada perkongsian pengalaman sesama mereka, iaitu Practical Activities with whole Family while Breastfeeding.


Walaupun cuaca agak mendung pada pagi itu, para peserta mulai memenuhi tapak perbincangan di Tasik Cempaka, Bangi lebih kurang jam 9.30 pagi. Mereka hadir bersama seisi keluarga untuk memeriahkan lagi suasana semasa SGM ini.

Kumpulan pertama dikendalikan oleh Puan Nor Kamariah (@mama). Seramai 5 orang ibu dan 2 orang bapa telah menyertai kumpulan ini iaitu Najwa Salwana (@secret), Ahmad Ajwad Zaini (@ddirsyad), Nor Hanidah (@hanidah), Nurul Akmal (@jahraa), Mohd Azwan (@wan), Rattna Masayu (@rasya) dan Azizah (@ummi_ilyas).

Original Image

Perbincangan dimulai dengan menyenaraikan apakah aktiviti yang sering dilakukan oleh setiap keluarga. Kemudian, ahli kumpulan cuba membahagikan aktiviti yang mungkin lebih digemari oleh ibu atau ayah serta aktiviti apa yang bermanfaat untuk dilakukan oleh seisi keluarga. Seterusnya, mereka membincangkan bagaimana kaum ayah atau ahli keluarga yang lain boleh membantu dalam sesetengah aktiviti dalam keluarga. Mereka juga membincangkan isu di mana ibu atau isteri harus bertolak ansur dalam penglibatan suami atau anak dalam aktiviti harian. Ini bermakna, mereka perlu menerima usaha yang dilakukan tersebut dengan hati terbuka dan berlapang dada dan mengurangkan komen negatif agar ayah atau anak yang membantu akan rasa lebih dihargai. Diakhir perbincangan mereka mendapati sebetulnya dalam kebanyakan aktiviti di dalam kehidupan harian, sebenarnya memang boleh dikongsi bersama dan ayah atau ahli keluarga yang lain memang boleh membantu untuk mengurangkan beban ibu yang telah termaktub dengan 'pekerjaan : penyusuan ibu' dalam tempoh 24 jam setiap hari.

Original Image

Original Image

Kumpulan kedua pula dikendalikan oleh Puan Yusrina (@yus_azlan). Seramai 6 orang ibu menyertai kumpulan ini iaitu Norhidayah, Amilin Husni (@mydreams), Suhaimiza (@misazu), Cik Rafidah (@lovebaby), Hayatie Hashim (@hayatie) dan Marzulakma (@adieqnur).

Original Image

Antara perbincangan dalam kumpulan ini pula ialah mengenai peranan suami dan isteri ketika menyusukan anak. Suami boleh membantu isterinya yang menyusukan anak seperti membasuh baju, menggosok baju, mengemas rumah dan memasak. Tidak semestinya kerja-kerja ini hanya dilakukan oleh isteri malah suami boleh membantu semasa isteri sedang menyusukan anak. Isteri juga boleh menonton televisyen, membaca surat khabar dan sebagainya walaupun sedang menyusu.

Original Image

Original Image

Seperti biasa, perjumpaan ini diakhiri dengan demontrasi daripada wakil MBW sambil menikmati hidangan yang dibawa oleh semua peserta yang hadir. Demonstrasi kali ini berkisar tentang penggunaan Soft Structured Carriers, SSC.

Kami di pihak susuibu.com ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan sentiasa memberikan sokongan kepada semua aktiviti yang kami jalankan terutama sekali program SGM ini. Sehingga kita bertemu lagi pada SGM akan datang!