SusuIbu.com Berpindah ke Rumah Baru!

Original ImageAlhamdulillah setelah lebih setahun menetap di USA, kini SusuIbu.com telah berjaya dipindahkan ke ‘rumah baru’ di Malaysia. Pihak penyelenggara berharap dengan berpindahnya ke pelayan web tempatan, SusuIbu.com akan dapat beroperasi dengan lebih baik dan mantap.

Bersempena dengan perpindahan ke ‘rumah baru’ di sini, SusuIbu.com juga telah menukar ‘warna kulit’nya kepada satu tema yang lebih ceria. Semoga pelayar web SusuIbu.com akan dapat melayari laman ini dengan lebih selesa.

Beberapa modul baru juga turut diperkenalkan tetapi masih ditahap percubaan. Antara modul yang telah ditambah adalah Modul Ulasan dan Modul Pengiklanan. Modul Ulasan adalah ruangan ulasan mengenai produk atau barangan yang berkaitan penyusuan susu ibu, contohnya buku, alat bantu penyusuan dan sebagainya. Ruangan Pengiklanan pula disediakan untuk menghebahkan perkhidmatan atau barangan yang ingin ditawarkan kepada pelayar yang lain. Sebagai permulaan 3 kategori telah disediakan iaitu Buku Rujukan, Ibu Susuan serta Alat Penyusuan. Kedua-dua modul ini hanya boleh dilayari oleh pengguna yang berdaftar sahaja.

Pihak penyelenggara amat berharap agar perubahan yang telah diwujudkan ini dapat memberi manfaat kepada semua!