SusuIbu.Com dan MBfPC di Fiesta Kajang 2010

Original Image

Alhamdulillah…Pada hari Jumaat, 30 Julai 2010, Susuibu.com dan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MbfPC) telah sama-sama membuka kaunter perkhidmatan di Fiesta Kajang 2010 baru-baru ini selama tiga hari. Kaunter MbfPC ini mendapat sambutan yang baik oleh kesemua pengunjung yang hadir.

Selama berada di sana, para Pembimbing Rakan Sebaya (Peer Counselor) yang terlatih telah turun padang untuk memberikan khidmat mereka kepada penduduk setempat yang mengunjungi kaunter mereka. Sepanjang tiga hari di sana, mereka memberikan khidmat kaunseling secara percuma kepada ibu-ibu serta bapa-bapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta mendalami tentang ilmu penyusuan susu ibu ini.

Original Image

Selain itu, mereka juga mengadakan kuiz yang berkaitan penyusuan ibu kepada pengunjung yang hadir. Setiap yang berjaya menjawab soalan kuiz diberikan hadiah istimewa. Untuk pengetahuan, hadiah acara kuiz kali ini di taja oleh Dr Nadrah, DuniaSusuIbu.com, FotoHati (RatuHati.com), MalaysianBfPC, Telekom(Avon) dan SusuIbu.com sendiri. Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir dan menunjukkan minat terhadap perkhidmatan yang kami berikan.

Original Image

Pada hari Sabtu, seawal jam 10.00 pagi, ramai kanak-kanak serta ibu bapa telah hadir untuk mendaftarkan diri menyertai program Sand Art Challenge yang kami anjurkan. Seramai 47 orang kanak-kanak berumur 4-12 tahun telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak berumur 4-6 tahun dan kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Hadiah-hadiah pertandingan disampaikan oleh Puan Nor Kamariah dan Encik Mohd Ashraf. Pertandingan ini telah ditaja oleh KidzCraftCottage (Puan Nadia Omar).

Original Image

Original Image

Pada hari ketiga, iaitu 1 Ogos 2010, di tapak Fiesta Kajang 2010, pihak Susuibu.com dan MbfPC dengan usahasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan sambutan Hari Susu Ibu sedunia dengan temanya Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi. Antara barisan tetamu kehormat yang hadir ialah Puan Nor Kamariah (Ketua Pegawai Pengetahuan Nurturing Concepts Sdn Bhd merangkap Pengurus Projek MbfPC), Puan Rita Rahayu (Pengarah Urusan Nurturing Concepts Sdn Bhd), Encik Faizal (wakil daripada MPKj), Ustazah Asni Mansor al-Hafizah (Pendakwah Bebas), dan Doktor Khamsiah Muda (Hospital Pakar An-Nur).

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nor Kamariah, dan telah dirasmikan oleh Ustazah Asni Mansor al-Hafizah. Beliau juga menyampaikan ceramah berkaitan susuibu menurut perspektif Islam. Di dalam ceramahnya, beliau menyatakan bahawa susu ibu adalah penting dan merupakan suruhan Allah kepada kita. Kemudian, Pengarah Urusan Nurturing Concepts, Puan Rita Rahayu telah menyampaikan ucaptama yang menghuraikan tentang tema sambutan penyusuan ibu tahun ini.

Original Image
Ucapan aluan oleh Puan Nor Kamariah

Original Image
Ceramah dan Perasmian oleh Ustazah Asni Abu Mansor

Original Image
Ucaptama oleh Puan Rita Rahayu

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak mereka secara esklusif dan meneruskannya sehingga melebihi umur 2 tahun. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak mereka! Seterusnya pihak Nurturing Concepts telah memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di kawasan Kajang ini. Semoga dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak membantu mereka.

Original Image

Seterusnya, acara demonstrasi mengendong bayi yang dibawa khas oleh wakil Malaysian Baby Wearers (MBW). Mereka menunjukkan beberapa jenis gendongan bayi yang semakin digemari oleh para ibu bapa di Malaysia. Hari Susu Ibu ini diteruskan dengan pertunjukan fesyen baju menyusu oleh model yang terdiri daripada ahli SusuIbu.com sendiri. Pakaian yang diperaga ditaja sepenuhnya oleh Butik Mums Dreams.

Original Image

Original Image

Sambutan Hari Susu Ibu ini tamat pada pukul 1.30 petang. Pengunjung yang datang seterusnya melawat ke booth MBfPC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyusuan ibu. Selain daripada maklumat melalui kaunseling dan kuiz, pengujung juga dapat membaca di ruang pameran yang disediakan. Terima kasih kepada pihak Hospital Putrajaya kerana sudi meminjamkan bahan pameran dan bahan edaran.

Original Image
Antara tetamu yang hadir

Original Image

Sambutan di Fiesta Kajang 2010, berakhir lebih kurang jam 7 petang pada 1 Ogos, 2010. Kejayaan sambutan kali ini adalah hasil kerjasama dan gandingan tenaga bukana sahaja daripada MBfPC malah seluruh ahli keluarga turut terlibat. Sesungguhnya perjuangan dalam penyusuan ibu telah mengukuhkan ukhwah antara kita dan sememangnya tiada yang lebih baik daripada susu ibu…

Sambutan minggu penyusuan ibu diteruskan pada hari-hari berikutnya di beberapa tempat lagi sepanjang bulan Ogos ini. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.